Industri Kuala Sanglang (Perlis) Sanglang,_Perlis

Sejak 1900, aktiviti utama penduduk Kuala Sanglang ialah menangkap ikan untuk dijual dan juga dibuat kering. Dengan pembangunan jalan raya di sekitar 60-an, jualan ikan segar lebih pesat dan aktiviti membuat ikan kering dan belacan agak merosot. Pada tahun 80-an, aktiviti baru ialah memelihara udang dalam kolam di tepi laut. Aktiviti ini berkembang pesat sehingga kawasan kolam udang meliputi kawasan yang lebih luas daripada penduduk Kuala Sanglang. Aktiviti Industri asas tani yang terbaru ialah membuat kopi pracampur. Antara jenama keluaran Kuala Sanglang yang terkenal ialah D'JERLUN.